GURU-GURU SK PAYA RESAK

Rabu, 1 Februari 2012

CERAMAH & KUIZ ALAM SEKITAR



Jabatan Alam Sekitar dijemput setiap tahun bagi menyampaikan ceramah dan kuiz kepada warga sekolah. Pelbagai input telah disalurkan oleh pegawai JAS mengenai kepentingan alam sekitar. Sehubungan dengan itu, murid telah dipupuk supaya menyayangi alam sekitar di sekeliling mereka.

MAJLIS PERASMIAN TAMAN HERBA



Pihak sekolah telah menjemput Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar menyampaikan ucapan sempena Perasmian Taman Herba. Melalui akses hubungan pintar ini warga sekolah mendapatkan maklumat yang luas tentang  alam sekitar. Pembentukan jaringan pintar dibina bagi mendapatkan kerjasama intim dalam melaksanakan program pendidikan alam sekitar. Oleh itu, keberkesanan aktiviti alam sekitar akan lebih berkesan dengan input yang dibawa masuk secara sistematik. Antara agensi dan jabatan yang dikenalpasti yang boleh menyumbangkan pendidikan alam sekitar adalah:

2.4.1.  Jabatan Alam Sekitar (JAS)
2.4.2.   Jabatan Pertanian Negeri
2.4.3.   Pejabat Kesihatan Daerah
2.4.4.   Majlis Perbandaran Marang dan sebagainya.

Anugerah Alam Sekitar - Sekolah Lestari


Sekolah Kebangsaan Paya Resak telah menyahut seruan kerajaan bagi membudayakan pendidikan alam sekitar di kalangan warga sekolah secara berterusan. Sekolah ini telah menyertai program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar pada tahun 2007 hingga 2009. Selain itu, kami telah membuktikan kepada rakan pendidikan dengan menjulang nama SK Paya Resak di persada kebangsaan dengan memenangi Naib Johan Kebangsaan dalam Pertandingan Anugerah 3K pada tahun 2006. Kami berazam akan memastikan bahawa penerapan nilai murni alam sekitar akan terus berlaku secara progresif dalam semua aspek yang dikenalpasti. Bagi mencapai hasrat itu, elemen nilai murni melestarikan alam sekitar telah dipraktikkan dalam bidang pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan. Penekanan empat bidang ini akan menjadikan pembangunan kelestarian alam sekitar akan terus mampan.