GURU-GURU SK PAYA RESAK

Ahad, 17 Mac 2013

Seramai 106 Pengawas Sekolah dan Pustakawan menerima Sijil Watikah Pelantikan Pengawas masing-masing yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, En. Nor Azmi b. Aman, Yang Dipertua PIBG pada hari ini, 17 Mac 2013. Semoga penanugerahan ini akan lebih memberi perangsang kepada pengawas untuk melaksanakan tugas yang telah diamanah.

Rabu, 13 Mac 2013


13 Mac 2013 merupakan hari penutup Minggu Keselamatan dan Kesihatan. Pada sebelah pagi diserikan dengan slot senamrobik yang dikendali oleh Pn. Suria. Selepas itu, Jabatan Bomba & Penyelamat menyampaikan ceramah dan disusuli dengan demonstrasi Cara Memadam Kebakaran.
           Pihak PDRM Marang juga telah bersama menjayakan program ini dengan mengisi slot ceramah dan pameran. Kepada pegawai PDRM dan Jabatan Bomba yang terlibat, pihak merakamkan ucapan terima kasih daun keladi........












Pejabat Kesihatan Daerah Marang dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah memberi khidmat ceramah dan pameran di sekolah ini sempena Minggu Keselamatan & Kesihatan Peringkat Sekolah pada 12 Mac 2013. Semoga kerjasama yang diberikan dapat memberi ilmu berguna kepada warga sekolah dalam menjalani kehidupan yang lebih selamat dan sejahtera. Pihak sekolah merakam jutaan terima kasih kepada Tn Haji Ramli daripada JKJR dan En. Zuraimi bin Razali daripada Pejabat Kesihatan daerah Marang.

Isnin, 11 Mac 2013

Pada 11 Mac 2013, pihak sekolah telah menjemput AADK Marang untuk mengadakan ceramah dan pameran. Penolong Pegawai AADK Marang, Pn. Nurul telah menyempurnakan slot ceramah AADK. Pelbagai input mengenai bahaya dadah dijelaskan dengan terperinci.

Sabtu, 9 Mac 2013

Pada 24 dan 25 Februari yang lalu, pihak kesihatan daerah Marang telah melaksanakan rawatan dan suntikan. Semua murid Tahun 6, Tahun 1 dan Pra telah menjalani pemeriksaan kesihatan. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada pasukan kesihatan Daerah Marang.

Isnin, 4 Februari 2013

Seramai 265 murid telah menerima wang bantuan khas awal persekolahan. Majlis ini diadakan pada 30 Januari 2013 di kantin SK Paya Resak. Bantuan ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia En. Zaidi bin Muda, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong.

Selasa, 22 Januari 2013

Pada 20 Januari 2013, Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan telah diadakan di SMK Seri Payong. Seramai 500 pelajar terlibat dalam majlis tersebut. Manakala seramai 50 murid Tahun 3 SK Paya Resak telah menerima bantuan sebanyak RM100 seorang. Bantuan ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Abdul Rahman bin Bakar dan En. Zaidi bin Muda (Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong.

Rabu, 9 Januari 2013

PIHAK PENGURUSAN MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS PELANTIKAN CIKGU-CIKGU DALAM JAWATANKUASA HEM 2013. DIHARAPKAN DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN DEDIKASI.



Seramai 51 orang murid Tahun 1 telah memasuki alam persekolahan sesi 2013. Kehadiran warga baru ini telah disambut oleh pihak pengurusan dengan konsep Guru Penyayang. Ibu bapa telah diberi peluang bersama dengan murid supaya emosi mereka dalam keadaan terkawal.

Murid Tahun 1 menjalani minggu orientasi yang diselia oleh Guru Bimbingan, En. Adlan Mustakim b. Abdul Rahman. Murid-murid telah dibawa meninjau kawasan sekolah dan diberi penerangan peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di kawasan sekolah

Selasa, 20 November 2012


Pada 19 Nov. 2012 maka debaran UPSR telah terlerai dengan pengumuman yang disampaikan oleh guru besar pada jam 10.20 pagi. Seramai 4 murid telah berjaya mengukir nama dengan mendapat keputusan 5A. Manakala seramai 7 murid pula mencapai keputusan 4A 1B. Murid yang berjaya mendapat 5A adalah seperti berikut: Tahniah....tahniah....tahniah
1. NURFARAH AFRINA BT MOHD ZOOL HILMI
2. MUHAMMAD AZAMUDDIN B. KHAIRIL AMIN
3. NUR SYAFIKAH BT RAMLI
4. NUR AINUN ATHIRAH BT AHMAD KAMAL TAJUDIN

Rabu, 7 November 2012


Rabu, 7 Nov. 2012 - Program School Attack telah dilancarkan di SK Paya Resak. Ianya dianjur oleh pihak Bank Simpanan Nasional Terengganu. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program ini. Diantaranya kuiz, penerangan KPM dan aksi maskot Ally dan Amy. Murid-murid begitu teruja semasa sesi pengambaran bersama maskot BSN. Semoga program ini diteruskan pada masa akan datang.

Selasa, 30 Oktober 2012

CERAMAH HIV & AIDS



Pada 24 Oktober yang lalu, Pejabat Kesihatan Daerah Marang telah mengadakan ceramah mengenai HIV dan AIDS. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En. Zuraimi. Program ceramah ini merupakan salah satu program yang dirancang dalam plan pasca UPSR. Semua murid Tahun 6 terlibat dalam program ini. Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Zuraimi daripada Pejabat Kesihatan yang telah menyampaikan ceramah tersebut dengan berkesan.

Isnin, 15 Oktober 2012


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Mufti Terengganu kerana memberi kerjasama untuk menyelesaikan arah kiblat di surau sekolah terutamanya En. Hisham. Beliau telah membina arah kiblat yang tepat dengan menggunakan teknologi yang terkini. Menurut beliau, arah kiblat di terengganu dalam arah 291 darjah. Satu garisan yang tepat telah ditanda supaya memberi pedoman kepada warga sekolah.Terima kasihhhhhhh.

Khamis, 11 Oktober 2012

Lawatan Bermaklumat telah berjaya diadakan pada 25 September 2012 yang lalu. Seramai 40 orang peserta terlibat dalam program ini. Tempat-tempat yang dilawati seperti Bukit Bendera, Taman Rama-rama, Muzium USM dan Bukit Merah Laketown. 

Selasa, 3 Julai 2012

Pada 26 Jun 2012 yang lalu, pertandingan bowling Kelab Guru SK Paya Resak telah diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER). Pertandingan ini mendapat sambutan di kalangan guru. Juara guru lelaki ialah Cikgu Fauzi dan Juara Cikgu perempuan ialah Cik Nurul Syazwanidza.....TAHNIAH

Selasa, 12 Jun 2012

Pada 11 Mei 2012, Panel Penilai Anugerah Sekolah Lestari Peringkat Negeri Terengganu telah melaksanakan proses penilaian. Taklimat Sekolah Lestari telah disampaikan oleh Gpk Hem, Cikgu Khairil. Selain itu, panel penilai telah memantau projek-projek lestari yang telah dilaksanakan.
Panel Penilai:
1. En. Ahmad Zulkarnain bin Abd Manaf (PPD Kuala Trg)
2. Pn. Hasra Masrifah bt Wan Jusoh @ Ab. Rahim
3. YM. Sayed Asmawi bin Syed Hussin (JAS)
4. En. Zainal bin Ibrahim (Pen. Pegawai Pertanian MBKT)

Ahad, 6 Mei 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Pada 3 Mei 2012 yang lalu, unit bimbingan dan disiplin telah mengadakan lawatan ke Pahanag. Ianya melibatkan pengawas Tahun 6 seramai 34 orang. Antara tempat yang dilawati ialah Pangkalan TUDM Kuantan dan Waterpark Gambang. Murid-murid begitu teruja dapat menaiki helipkopter NURI yang banyak berjasa pada negara.


Rabu, 2 Mei 2012


PROJEK TERBARU SEKOLAH LESTARI

Projek Taman di hadapan surau sekolah telah dilaksanakan pada 29 April hingga 2 Mei 2012. Antara pokok yanh ditanam ialah pokok iris dan pokok Dracrana Marginata (colorama). Diharapkan dengan pembinaan taman ini akan memberi tambah nilai kelestarian sekolah.


Selasa, 24 April 2012

PROGRAM MENTOR MENTEE
Sesi ke- 2 program mentor mentee telah dapat diadakan pada 24 April 2012 lanjutan dari majlis pelancarannya pada 1 April yang lalu. Melalui program ini diharapkan agar pembangunan akademik dan sahsiah murid dapat digilap sebaik mungkin. Selain itu, sikap kepedulian dan guru penyayang dapat digarap.


Jumaat, 6 April 2012

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN 
Pada 4.4.2012 telah berlangsung majlis penyerahan bantuan Awal Persekolahan Murid Tahun 1 dan KWAPM. Majlis ini dirasmikan oleh En. Zaidi bin Muda, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong. Seramai 201 orang murid layak menerima bantuan ini dan akan digunakan bagi tujuan perbelanjaan persekolahan.


Jumaat, 30 Mac 2012

 
LATIHAN KAWAT KEBAKARAN
 Program ini telah diadakan pada 29 Feb 2012 yang lalu. Semua warga sekolah terlibat dalam program ini. Loceng kecemasan dibunyikan pada jam 9.00 pagi dan semua murid menuju ke tapak kecemasan yang telah ditetapkan.

Khamis, 29 Mac 2012

 PROGRAM SENAMROBIK LESTARI


Program ini diadakan pada 29 Feb 2012 oleh unit hem. Ianya mendapat sambutan yang baik di kalangan warga sekolah yang sama-sama menjayakannya. Senamrobik ini dikendalikan oleh Puan Suriya.


PENGAWAS SEKOLAH 2012

BERSAMA DENGAN TIMBALAN PENGARAH JABATAN LAUT WILAYAH TIMUR

Jumaat, 23 Mac 2012


WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS
Pada 26 Februari 2012, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas telah berjaya diadakan. Pada tahun 2012, pihak sekolah menjemput Timbalan Pengarah Jabatan Laut Wilayah Timur bagi menyempurnakan penyampaian watikah tersebut. Semua pengawas telah menerima watikah pelantikan pengawas bagi tahun 2012.


CERAMAH DAN PAMERAN SEMPENA MINGGU ANTI DADAH

Program ceramah dan pameran sempena minggu anti dadah telah diadakan pada 29 Februari 2012. Program ini mendapat kerjasama daripada Pejabat Agensi Anti Dadah Daerah Marang. Semua murid sekolah ini telah mendapat input yang berguna sevagaimana yang telah disampaikan dalam ceramah. Di samping itu, kuiz anti dadah juga diadakan sebagai pengukuhan maklumat