GURU-GURU SK PAYA RESAK
Rabu, 1 Februari 2012
CERAMAH & KUIZ ALAM SEKITAR
Jabatan Alam Sekitar dijemput setiap tahun bagi menyampaikan ceramah dan kuiz kepada warga sekolah. Pelbagai input telah disalurkan oleh pegawai JAS mengenai kepentingan alam sekitar. Sehubungan dengan itu, murid telah dipupuk supaya menyayangi alam sekitar di sekeliling mereka.
MAJLIS PERASMIAN TAMAN HERBA
Pihak sekolah telah menjemput Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar menyampaikan ucapan sempena Perasmian Taman Herba. Melalui akses hubungan pintar ini warga sekolah mendapatkan maklumat yang luas tentang
alam sekitar. Pembentukan jaringan
pintar dibina bagi mendapatkan kerjasama intim dalam melaksanakan program
pendidikan alam sekitar. Oleh itu, keberkesanan aktiviti alam sekitar akan
lebih berkesan dengan input yang dibawa masuk secara sistematik. Antara agensi
dan jabatan yang dikenalpasti yang boleh menyumbangkan pendidikan alam sekitar
adalah:
2.4.1. Jabatan Alam Sekitar (JAS)
2.4.2. Jabatan
Pertanian Negeri
2.4.3. Pejabat
Kesihatan Daerah
2.4.4. Majlis
Perbandaran Marang dan sebagainya.
Anugerah Alam Sekitar - Sekolah Lestari
Sekolah Kebangsaan Paya Resak telah menyahut
seruan kerajaan bagi membudayakan pendidikan alam sekitar di kalangan warga
sekolah secara berterusan. Sekolah ini telah menyertai program Sekolah Lestari
Anugerah Alam Sekitar pada tahun 2007 hingga 2009. Selain itu, kami telah
membuktikan kepada rakan pendidikan dengan menjulang nama SK Paya Resak di
persada kebangsaan dengan memenangi Naib Johan Kebangsaan dalam Pertandingan
Anugerah 3K pada tahun 2006. Kami berazam akan memastikan bahawa penerapan
nilai murni alam sekitar akan terus berlaku secara progresif dalam semua aspek
yang dikenalpasti. Bagi mencapai hasrat itu, elemen nilai murni melestarikan
alam sekitar telah dipraktikkan dalam bidang pengurusan, kurikulum, kokurikulum
dan penghijauan. Penekanan empat bidang ini akan menjadikan pembangunan
kelestarian alam sekitar akan terus mampan.
Langgan:
Catatan (Atom)