TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN
Bidang Tugas:
1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.
2.
Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam
bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan
permainan.
3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan
pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan
dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar
dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah
dipersetujui oleh pihak guru.
4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.
5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah.
7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.
8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai.
9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah.
10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah.
11.
Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan
besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada
penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.
12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya.
13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar.
14.
Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk
menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan
majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.
15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan